Akaun 3 KWSP bantu rakyat saat terdesak
Iklan
Pelaksanaan Akaun 3 atau akaun fleksibel KWSP memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada pencarum yang ada masalah kewangan untuk mengeluarkan simpanan ketika terdesak. Foto fail Bernama (Gambar kecil: Muhamed)
SHAH ALAM - Pelaksanaan Akaun 3 atau akaun fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kemudahan dan fleksibiliti kepada pencarum yang ada masalah kewangan untuk mengeluarkan simpanan ketika terdesak.
Pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, ia merupakan satu penyelesaian optimum untuk memenuhi keperluan ahli yang memerlukan aliran tunai jangka pendek.