KPT arah UM serah segera laporan kenyataan profesor didakwa pro-Israel

Iklan
Zambry. Foto Bernama

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan Universiti Malaya (UM) membatalkan sebarang program dan aktiviti dijadual dihadiri penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetus kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut mengarahkan universiti berkenaan menyiasat perkara itu dan melaporkan segera butiran lanjut.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama, suka untuk saya ingatkan kepada setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan membuat semakan latar belakang dengan teliti sebelum menjemput mana-mana individu atau pihak ke majlis dan program yang dianjurkan.

"Setiap keputusan yang diambil perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu, bekas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menggesa pihak UM untuk tampil menjelaskan kehadiran profesor didakwa pro-Israel, Bruce Gilley sebagai speaker jemputan ke universiti berkenaan.

Beliau berkata, individu tersebut merupakan seorang Profesor Politik dan Hal Ehwal Global di Universiti Portland.

Iklan

Beliau berkata, individu berkenaan menyentuh pendirian rakyat dan kerajaan sejak dahulu yang jelas menentang tindakan Israel dan menyokong Palestin.

Menurut Zambry, walaupun institut pengajian tinggi (IPT) diberi autonomi untuk memutuskan program-program intelektual tetapi itu bukan bermakna mereka bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!