Lebih 500 iringi pengebumian Mohd Shahrizan

Iklan
Bapa Allahyarham, Mohd Termizi Abdul Ghani, 68, menyiram air di pusara anak sulungnya selepas selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Lekir.

LUMUT - Jenazah Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi yang terkorban dalam nahas udara dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada Selasa, selamat dikebumikan.

Jenazah pegawai berusia 41 tahun itu tiba di rumah keluarganya di Taman Bunga Tanjung sekitar jam 7.40 malam pada Rabu untuk memberi peluang kepada ahli keluarga lain memberi penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Masjid Al-Khairiah berhampiran untuk disolatkan.

Iklan
Iklan

Pengebumian dijalankan mengikut istiadat rasmi pengurusan jenazah TLDM di Tanah Perkuburan Islam Batu 10 di sini dan selamat dikebumikan sekitar jam 10 malam.

Jamaludin menyerahkan Ensign kepada Nurul Shahfiqah selepas selesai pengebumiannyang dijalankan mengikut istiadat rasmi pengurusan jenazah TLDM.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, kebajikan masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak, Datuk Salbiah Mohamed mewakili kerajaan negeri.

Iklan

Suasana sedih menyelubungi tanah perkuburan apabila lebih 500 orang ramai termasuk ahli keluarga serta pegawai dan anggota TLDM yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Talkin dibacakan Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Mejar Mohd Hasrul Hashim dari Pusat Pembangunan Kerohanian TLDM manakala tahlil dan doa dilakukan Ketua Cawangan Agama KD Pelandok, TLDM Lumut, Leftenan Kolonel Wan Efendi Wan Mamat.

Iklan
Lebih 500 orang ramai hadir pada pengebumian Mohd Shahrizan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Lekir.

Komander Pangkalan Lumut, Markas Pangkalan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Jamaludin Sairi kemudian menyerahkan Ensign kepada anak sulung Allahyarham, Nurul Shahfiqah, 21, simbolik kepada penghargaan dan pengorbanan ketika berkhidmat dalam TLDM.

Dalam insiden pada jam 9.32 pagi pada Selasa itu, dua helikopter iaitu Pesawat HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut.

Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung Sabtu ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!