Tabung Haji Cawangan Kulai sasar peningkatan pendeposit

Iklan
Syed Hamadah (kanan) ketika menyempurnakan simbolik perasmian Pejabat Cawangan TH Kulai yang baharu.

KULAI - Pejabat Tabung Haji (TH) Cawangan Kulai yang berpindah ke premis baharu di Bandar Putra Kulai, dijangka dapat membantu meningkatkan jumlah pendeposit di negeri ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, pemindahan itu bagi menaik taraf tahap perkhidmatan, seterusnya memberikan keselesaan kepada para pendeposit melakukan transaksi serta urusan haji dengan selesa dan kondusif.

Iklan
Iklan
Syed Hamadah ketika berucap merasmikan Pejabat Cawangan TH Kulai yang baharu.

Menurut beliau, cawangan TH Kulai di premis baharu mempunyai keluasan ruang hampir dua kali ganda berbanding premis sebelum ini dan ruang parkir yang lebih banyak selain terletak di kawasan perbandaran pesat berkembang.

"Daripada jumlah itu, lebih 57,000 pendeposit adalah dari daerah Kulai.

Iklan

"Saya berharap dengan pembukaan pejabat ini, pendeposit TH di sekitar daerah Kulai dan kawasan sekitarnya akan dapat menjalankan urusan transaksi dengan lebih mudah, cepat dan selesa,” katanya dalam kenyataan.

Majlis perasmian Pejabat Cawangan TH Kulai itu disempurnakan Syed Hamadah pada Isnin, yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab bersama barisan Pengurusan Kanan, Pengarah Wilayah Selatan, Pengarah Negeri Johor dan kakitangan TH.

Iklan
Syed Hamadah (kiri) menurunkan tandatangan di plak perasmian sambil disaksikan Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab.

Berucap ketika perasmian, Syed Hamadah mengingatkan kepada para pendeposit TH agar sentiasa menjaga keselamatan maklumat peribadi dan berwaspada dengan helah taktik penjenayah siber ataupun scammer.

Beliau berkata, sistem THiJARI yang dibangunkan TH adalah selamat untuk digunakan dan pendeposit diingatkan untuk tidak berkongsi kata laluan, nombor TAC dan sebarang maklumat peribadi dengan mana-mana pihak serta tidak membuka sebarang pautan yang mencurigakan.

Dalam pada itu, TH turut memperkenalkan pelbagai kemudahan terkini untuk keselesaan para pendeposit yang boleh membuat transaksi TH di kaunter Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) tanpa sebarang caj atau di mesin ATM/CDM institusi perbankan seperti BIMB, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB yang berhampiran.

Syed Hamadah (13 dari kiri) bersama barisan pengurusan kanan dan kakitangan TH di hadapan Pejabat Cawangan TH Kulai yang baharu.

Pendeposit TH juga boleh menggunakan kemudahan perbankan internet di BIMB, Bank Rakyat, Maybank, CIMB dan AmBank serta melalui perkhidmatan atas talian TH – THiJARI.

Aplikasi THiJARI dibangunkan selari dengan perubahan masa dan teknologi masa kini, menyediakan perkhidmatan atas talian yang membolehkan pendeposit melaksanakan transaksi TH di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu hadir ke pejabat TH.

Syed Hamadah beramah mesra bersama para pengunjung dan pendeposit TH di Pejabat Cawangan TH Kulai.

TH juga telah melebarkan perkhidmatannya melalui pelaksanaan perkhidmatan kaunter bergerak dan TH Komuniti sebagai inisiatif tambahan untuk kemudahan umat Islam mendapatkan perkhidmatannya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!