Helikopter TLDM terhempas: KPWKM sedia bantu sokongan psikologi

Iklan
Noraini ketika bertemu pengamal media selepas Pelancaran Direktori Community Based Organization (CBO) KPWKM di Dewan Komuniti Taman Coral Height hari ini. Foto Bernama

SEREMBAN - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, ketika ini pihaknya khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mendapatkan maklumat terperinci berkaitan keluarga mangsa daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum bantuan diberikan.

Iklan
Iklan

"Kita (KPWKM) ucapkan takziah kepada keluarga 10 mangsa.

"Selepas maklumat dikumpulkan, kita akan menghantar kaunselor daripada kementerian untuk mendengar dan bantu keluarga berkenaan.

Iklan

"Kita tahu dalam kesukaran seperti ini, mereka mungkin memerlukan orang lain untuk membantu menenangkan dan memberi sokongan kepada mereka, kita akan sentiasa dan boleh membantu keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Direktori Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) KPWKM@Seremban di sini hari ini.

TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban dalam insiden pada 9.32 pagi tadi yang melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!