Dua gempa landa timur Taiwan
Iklan
TAIPEI - Dua gempa bumi berukuran 6.0 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2.26 pagi dan 2.32 pagi Selasa, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).
Pusat gempa 6.0 magnitud itu terletak di luar pantai Hualien di Lautan Pasifik, 29.9 kilometer di selatan Dewan Daerah Hualien pada kedalaman 10km, lapor agensi berita Central (CNA) berdasarkan data CWA.