NGO, komuniti kongsi keceriaan Aidilfitri bersama anak yatim, asnaf

Iklan
NGO, penduduk dan anak anak yatim serta asnaf bergambar bersama pada program sambutan Aidilfitri.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat mengambil inisiatif menganjurkan program bersama anak-anak istimewa sempena sambutan Aidilfitri.

Program yang bertema 'sayangi anak yatim dan asnaf' itu bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak yatim dan asnaf meraikan sambutan Aidilfitri bersama masyarakat setempat.

Iklan
Iklan

Program juga memberi peluang kepada mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan serta mengasah kemahiran komunikasi apabila berinteraksi dengan setiap lapisan masyarakat.

Jurucakapnya, Pengerusi Surau Al Falah Bandar Tasik Selatan, Muniruddin Abdul Aziz berkata, program ini tidak dapat dijalankan tanpa bantuan semua pihak terutamanya Pertubuhan Kebajikan Muhibbah Mesra Rakyat Kuala Lumpur (PERKEMM) dan Biro Media dan Promosi Pemadam Kebangsaan dengan kerjasama pihak Surau Al Falah.

Iklan

"Seramai 80 anak-anak yatim dan asnaf terlibat dalam program kali ini iaitu dari Asrama Anak Anak Yatim Darul Taqwa dan Anak Anak Yatim Alunan Kasih serta anak-anak asnaf kariah Surau Al Falah.

"Berkat kerjasama oleh semua pihak kami dapat berganding bahu dalam menganjurkan program ini dan saya berterima kasih kepada semua pihak atas kerjasama dalam menjayakan program ini,” katanya.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Biro Media dan Promosi Pemadam Kebangsaan, Hashim Anang yang juga merupakan Sekretariat Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Turut terlibat menjayakan program sambutan Aidilfitri kali ini ialah pihak pengurusan Rumah Anak Yatim Darul Taqwa, MPPM BTS Fasa 1, Anak yatim Jalinan Kasih, kariah masjid Al Muqarrabin (Blok E) dan asnaf kariah surau Diniatul islamiah.

Tidak ketinggalan, Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 5 Bandar Tun Razak dan Pejabat Cawangan Bandar Tun Razak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, beliau berkata, anak anak yatim dan asnaf turut diceriakan dengan pemberian duit raya daripada Malaysia Chinese Assembly Hall (MCAH) dan keperluan alat tulis dan hadiah daripada Persatuan Tong Shin Shan Yuan.

"Bukan sekadar meraikan kemeriahan Aidilfitri tetapi kita juga berharap program ini dapat melahirkan pelajar anak yatim yang mempunyai kemahiran kepimpinan dan insaniah yang tinggi dalam diri masing-masing," tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!