Helikopter TLDM terhempas: CAAM aktifkan KLARCC selaras operasi menyelamat
Iklan
SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) bagi menyelaraskan operasi menyelamat susulan insiden dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas pada Selasa.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, KLARCC CAAM di KLATCC telah diaktifkan pada jam 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.