Duit belanja pemberian suami jadi modal masak, sedekah makanan setiap bulan

Iklan
Sebahagian daripada hidangan yang disiapkan Amirah (gambar kecil) sebelum disedekahkan.

SHAH ALAM - Wang pemberian suami untuk perbelanjaan setiap bulan sentiasa dimanfaatkan dengan menjadikannya sebagai modal untuk memasak pelbagai menu yang akan disedekahkan setiap Khamis dan Jumaat.

Suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Amirah berkata, aktiviti itu sudah dilakukan sejak empat tahun lalu dengan anggaran 50 hingga 100 bungkus makanan yang dimasak secara bersendirian.

Iklan
Iklan

"Saya memang guna duit suami dan niat atas nama dia. Isteri kena jaga kebajikan suami, itu lah yang saya boleh buat walaupun tidak banyak tetapi bagi saya ia sudah mencukupi," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Amirah, perkongsian kandungan di aplikasi TikTok itu merupakan salah satu cara buatnya memberi panduan kepada orang lain yang tidak mahir memasak dalam jumlah banyak.

Iklan

Ujarnya, menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun @yyaadany turut disertakan harga atau kos sebagai rujukan dan anggaran sekiranya penonton mahu melakukan perkara sama.

"Saya juga mahu membuktikan kepada mereka bahawa memasak itu mudah, cuma mahu atau tidak sahaja. Jadi, menerusi kandungan tersebut ia boleh menjadi ilham kepada suri rumah di luar sana.

Iklan

"Kepada wanita di luar sana... Jika kita bukan seorang yang bekerjaya, kita perlu lakukan sesuatu yang boleh dibanggakan supaya tidak tenggelam dengan rasa tidak berkeyakinan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!