'Apa yang kita tuntut ini sebenarnya ialah janji Anwar'
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil dari kiri: Razali, Ahmad Fadhli, Rosol
SHAH ALAM - Kerajaan Madani perlu menyalurkan segera peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang seperti dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau menjadi Ketua Pembangkang, sebelum ini.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, tindakan itu selari dengan kenyataan terbaharu Anwar bahawa beliau dan Kerajaan Perpaduan tidak meletakkan sebarang syarat atau memaksa ahli Parlimen pembangkang supaya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri bagi membolehkan mereka mendapatkan peruntukan dijanjikan.