Kuasa veto 5 negara boleh dihapuskan
Iklan
Negara anggota perlu senada untuk merombak carta PBB bagi membolehkan piagam pertubuhan berkenaan diperbaharui dengan polisi lebih adil. Gambar kecil: Abdul Halim
SHAH ALAM - Kuasa veto dimiliki lima buah negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Perancis, China, Rusia dan United Kingdom (UK) boleh dihapuskan dengan syarat dua pertiga daripada negara anggota bersetuju untuk meminda carta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, jika 128 negara anggota bersetuju mereformasi organisasi itu, maka mereka boleh membawa usul untuk merombak peruntukan dalam Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berkaitan kuasa veto.