Pejabat MB sedia beri kerjasama bersihkan nama Amirudin - Setiausaha Politik MB Selangor

Iklan
Tangkap layar hantaran X Amirudin Shari pada Sabtu. Saifuddin Shafi (kiri).

SHAH ALAM - Pejabat Menteri Besar Selangor terbuka dan sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung tuduhan Badrulhisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di Facebook.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Che'gu Bard membuat tuduhan kononnya Amirudin telah meluluskan tanah kepada syarikatnya sendiri.

Iklan
Iklan

"Saya telah meneliti hantaran di laman Facebook berkaitan laporan polis yang dibuat oleh Che'gu Bard.

"Dakwaan beliau kononnya disokong dengan dokumen di mana kerajaan negeri Selangor telah memberikan 100.04 ekar tanah di Dengkil kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Justeru, tegas beliau, pihaknya sedia bekerjasama sepenuhnya bagi membersihkan nama Menteri Besar Selangor berkaitan dakwaan dangkal berkenaan.

Sehubungan itu, ujar beliau, dakwaan Che'gu Bard itu dianggap tuduhan ulang siar tidak jauh berbeza dengan episod putar belit sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ke-15 yang juga kini sedang menghadapi tindakan saman daripada Amirudin.

Iklan

Tambahnya, taktik itu tidak lain merupakan cubaan terdesak pihak tertentu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

"Tindakan (saman) ini sebagaimana yang sedang dihadapi oleh seorang kenamaan di negeri utara tanah air pada masa ini berikutan kedangkalan fakta dalam melancar serangan politik murahan," tambahnya.

Sebelum itu, Che'gu Bard dalam hantaran di Facebooknya pada Jumaat memaklumkan akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 12 tengah hari Sabtu

Menurutnya, laporan polis dan bukti serta pendedahan dokumen terhadap Amirudin akan dibuat semasa sidang akhbar .

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!