CIA kongsi hantaran fakta nasi lemak raih tumpuan ramai

Iklan
Tangkap layar ruangan komen di hantaran CIA pada Sabtu.

SHAH ALAM - Agensi Perisikan Pusat (CIA) meraih tumpuan ramai apabila memuat naik hantaran berhubung fakta-fakta menarik mengenai nasi lemak kepada pengikutnya di Facebook baru-baru ini.

CIA menerusi hantaran tersebut turut memaklumkan bahawa nasi lemak merupakan hidangan kebangsaan negara dan antara makanan sarapan pagi popular untuk orang Melayu.

Iklan
Iklan

"Ia terdiri daripada nasi wangi yang dimasak dalam santan dengan daun pandan, serai, halia dan rempah ratus yang lain.

"Nasi lemak biasanya dihidangkan bersama telur rebus, ikan bilis goreng, pes sambal dan kacang tanah panggang,” katanya dalam hantaran pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu, ujar CIA, perkongsian tersebut merupakan sebahagian maklumat daripada Buku Fakta Dunia milik agensi berkenaan.

"Buku Fakta Dunia CIA ialah sumber awam yang menyediakan risikan asas mengenai 266 entiti dunia, termasuk fakta perjalanan dan profil negara,” ujarnya.

Iklan

Rata-rata netizen tidak melepaskan peluang dan meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Salah seorang pengguna Facebook, Is Mohd mengucapkan terima kasih kepada CIA kerana mempromosikan masakan di negara ini.

"Terima kasih CIA untuk masa dan sokongan terhadap makanan Malaysia.

Selain itu, seorang lagi pengguna Facebook, Helvin Henry turut mengingatkan netizen supaya tidak meninggalkan komen yang keterlaluan bagi menjaga imej negara.

"Komen elok-elok. (Negara) Kita dah di peringkat antarabangsa, jangan buat malu negara,” menurutnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!