KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

Iklan
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar. Foto Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN, Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia awal pagi Sabtu.

"Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh," katanya menerusi hantaran yang dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Razarudin berkata, Allahyarham merupakan KPN keempat dan memegang jawatan itu selama 20 tahun bermula 1974 sebelum bersara pada Januari 1994.

Menerusi hantaran itu, beliau berkata, Mohammed Hanif, 85, meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan anaknya Abdul Rahmat Omar mengesahkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 pagi di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Iklan

Jenazah difahamkan akan dibawa ke Masjid Negara dan dikebumikan di Makam Pahlawan selepas solat Zuhur pada Sabtu. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!