Tingkatkan penguatkuasaan, kawalan harga maksimum jualan benih padi

Iklan
LPP menyambut baik keputusan kerajaan berkaitan pengumuman kawalan harga maksimum jualan benih padi di peringkat pemborong dan peruncit bagi Program Insentif Benih Padi Sah Kerajaan (IBPS).

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyambut baik keputusan kerajaan berkaitan pengumuman kawalan harga maksimum jualan benih padi di peringkat pemborong dan peruncit bagi Program Insentif Benih Padi Sah Kerajaan (IBPS).

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar, berkata, ia melibatkan pembelian dan simpanan benih padi di peringkat peruncit melebihi 500 kampit iaitu 20 kilogram bagi satu kampit yang memerlukan kelulusan dari Pejabat Kawalselia Padi dan Beras Negeri.

Iklan
Iklan

"Tindakan itu susulan keputusan kerajaan berkaitan pengumuman kawalan harga maksimum jualan benih padi di peringkat pemborong dan peruncit bagi Program Insentif Benih Padi Sah Kerajaan (IBPS).

"Ia merupakan jalan penyelesaian atau cadangan kepada Pemerkasaan Benih Padi Sah Dan Padi bagi memastikan pengeluaran benih padi sah dalam negara adalah berkualiti serta mencukupi," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu beliau berkata, perkara tersebut selari dengan tanggungjawab Pergerakan Pertubuhan Peladang memperkasa penglibatannya dalam menghasilkan Benih Padi Sah berkualiti untuk pesawah yang hampir 90 peratus merupakan ahli peladang.

Ujarnya, selaras dengan pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan peningkatan harga lantai belian padi beras daripada RM1,200 kepada RM1,300 per tan matrik dan ada juga sehingga mencecah RM1,800 per tan metrik.

Iklan

"Perkara tersebut memberi impak kepada kenaikan harga bagi padi yang ditanam untuk dijadikan benih padi sah dan turut meningkatkan kos operasi pengeluaran padi benih.

"Di bawah Seksyen 5, Akta Kawalan Padi dan Beras 1944 (Akta 522) penetapan maklumat berkaitan harga hendaklah dipaparkan dengan jelas pada setiap kampit yang dipasarkan kepada pesawah termasuk penjualan benih padi dan racun bagi variaeti CL220 dijual secara berasingan.

"Harga benih padi sah CL220 perlu dijual dengan harga maksimum RM 54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!