Dua syarat jadi penentu
Iklan
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan baru-baru ini tidak membincangkan perincian terhadap sebarang penawaran syarat-syarat dalam terma MoU peruntukan ahli Parlimen pembangkang yang bakal dikemukakan Kerajaan Madani kepada blok pembangkang.
SHAH ALAM - Terdapat dua syarat utama dalam terma draf memorandum persefahaman (MoU) agihan peruntukan tahunan pembangunan kawasan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang dijangka menjadi titik fokus perundingan di antara wakil kerajaan dan delegasi blok pembangkang.
Sumber Kerajaan Perpaduan yang enggan namanya didedahkan berkata, antara syarat diunjurkan kerajaan di dalam MoU berkenaan ialah jaminan blok pembangkang supaya tidak memainkan isu 3R (agama, kaum, raja) atau melemparkan fitnah melampau terhadap kerajaan sepanjang baki penggal pentadbiran.