Ronnie Liu mahu peralihan kuasa PM pada Mei
Iklan
Ronnie Liu
SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu mahu peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung pada Mei ini.
Menurutnya, beliau berharap Dr Mahathir menghormati tempoh masa yang telah dipersetujui oleh kepimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Iklan
Iklan
"Sekarang, Anwar telah bebas dari penjara dan juga seorang Ahli Parlimen, masa untuk mengambil alih kepimpinan sekarang adalah tepat.
"Negara telah menunggu lama untuk Anwar mengambil alih kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri yang kelapan.
Iklan
"Hanya Anwar sahaja yang boleh mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Beliau berkata, oleh kerana pelbagai isu telah berlaku dan mengikis keyakinan rakyat kepada kerajaan kebelakangan ini, maka sudah menjadi keperluan untuk Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar.
Iklan
"Transisi ini perlu dilakukan dengan lancar untuk kebaikan negara, rakyat, Dr Mahathir dan keluarganya.
"Dengan pengalaman besar yang ada pada Dr Mahathir, beliau perlu berjiwa besar dan menjadi negarawan seperti yang pernah dilakukan oleh (bekas Presiden Afrika Selatan) Nelson Mandela,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar" /><meta itemprop="description" content="Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
BERITA SEMASA 7 MEI 2024
Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao berpuas hati dengan perjalanan proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Hulu Selangor, pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Huda Husain.
Sock Tao berkata, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Jelasnya, keadaan pengundian awal daripada pemerhatiannya sangat teratur dan berjalan lancar.
Beliau berterima kasih kepada pegawai dan anggota serta semua pihak yang terlibat dalam proses undi awal.
Sock Tao terdahulu tiba Maktab PDRM Kuala Kubu Baharu kira-kira jam 9.05 pagi diiringi seorang pegawainya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663290/berita/politik/prk-kkb-calon-ph-puas-hati-proses-undi-awal-berjalan-lancar
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRK #undiawal #PRKKualaKubuBaharu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-07T02:50:00.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WFya81cEPRl4SMBLg/x120" /><meta itemprop="duration" content="P41S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8y4lqg" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8y4lqg"></script>