Mampukah agenda reformasi PKR tertunai selepas 25 tahun?
Iklan
Tumpuan lebih 1 juta ahli PKR kini terarah kepada sejauh mana Kerajaan Madani dan Anwar komited untuk melaksanakan agenda reformasi yang telah menjadi DNA parti itu sejak tahun 1999.
PADA 4 April lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut ulang tahun penubuhan parti berkenaan yang ke-25.
Menyingkap sejarah parti itu, PKR ditubuhkan selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan Timbalan Presiden UMNO beberapa hari sebelum itu.