Buktikan kewujudan Titah Adendum
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Kewujudan Titah Adendum (tambahan) supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah perlu dibuktikan terlebih dahulu.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, persoalan kedua yang timbul adalah sama ada Lembaga Pengampunan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sedemikian daripada perspektif undang-undang.