Dijanji jongkong emas, untung berganda
Iklan
Muka depan Sinar Harian pada Jumaat.
SHAH ALAM - Dijanjikan untung berganda dalam masa singkat dan bakal mendapat pulangan dalam bentuk jongkong emas menjadi punca ramai yang terjebak dalam penipuan pelaburan emas.
Menurut seorang mangsa berusia 42 tahun yang mahu dikenali sebagai Wati, dia kerugian lebih RM10,000 apabila terperdaya dengan skim tersebut yang diiklankan di media sosial.