Indonesia cipta kejutan tumbangkan Australia
Iklan
Aksi pemain Indonesia dan Australia dalam perlawanan di Stadium Abdullah bin Khalifa pada Khamis. Foto AFC
TANDUKAN separuh masa pertama Komang Teguh berjaya memastikan Indonesia mencipta kejutan menang 1-0 ke atas Australia di Stadium Abdullah bin Khalifa dalam aksi Kumpulan A Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) pada Khamis.
Ia sekali gus menghidupkan semula cabaran pasukan itu untuk mara ke suku akhir kejohanan tersebut selepas sebelum ini tewas kepada pasukan tuan rumah, Qatar pada perlawanan pembukaan.