Lapangan Terbang Dubai buka semula prosedur daftar masuk Emirates, Flydubai

Iklan
Lapangan Terbang Dubai. Foto Reuters

DUBAI - Lapangan Terbang Dubai telah mengumumkan pembukaan semula prosedur daftar masuk di Terminal 3 untuk Emirates dan Flydubai.

Lapangan Terbang Dubai dalam kemas kini mengenai operasi lapangan terbang dan penerbangan, mengumumkan bahawa balai berlepas di Terminal 3 mengalami kemasukan penumpang yang ketara, menggesa pelanggan untuk pergi ke lapangan terbang hanya jika mereka mempunyai tempahan penerbangan yang disahkan, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Iklan
Iklan

Lapangan terbang itu juga menasihatkan penumpang untuk menghubungi syarikat penerbangan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai penerbangan mereka.

Laman web Lapangan Terbang Dubai pada Rabu menyatakan penerbangan ditangguhkan dan dialihkan untuk menangani gangguan berkaitan cuaca.

Iklan

Memetik laporan media, UAE menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 75 tahun iaitu dari lewat Isnin hingga Selasa malam, melepasi rekod sebelumnya sejak permulaan pengumpulan data pada 1949. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan