Ibu cemas anak terkunci dalam kereta

Iklan
Kanak-kanak lelaki yang terkunci di dalam sebuah kereta di Taman Lagenda pada Khamis.

MELAKA - Seorang wanita cemas apabila anak lelakinya berusia lapan tahun terperangkap dalam sebuah kereta jenis Honda Civic FD selama kira-kira 20 minit di Jalan Lagenda, Taman Lagenda di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan murid Tahun Dua di sebuah sekolah rendah dipercayai masih terjaga ketika ditinggalkan ibunya dalam keadaan enjin kereta masih dihidupkan sebelum tertidur.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) l (KUP), dari Balai Bomba dan Penyelamat (PBB) Melaka Tengah, Mohd Ismail Harun berkata, sebaik ibunya kembali semula ke kereta dia mendapati pintu kereta telah terkunci.

Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat kanak-kanak lelaki yang terkunci dalam kereta.

Menurutnya, orang ramai cuba membantu membuka pintu kenderaan tersebut, bagaimanapun gagal sebelum wanita berkenaan menghubungi panggilan kecemasan kira-kira jam 2.56 petang.

Iklan

"Setiba di lokasi, pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian mendapati benar terdapat seorang kanak-kanak lelaki tertidur dalam kereta.

"Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas yang dinamakan 'spacer kit," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan

Tambahnya, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!