KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara (PPS) setakat jam 6 pagi Khamis, berbanding 1,319 tengah malam Rabu.
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), tiga PPS dibuka di Selangor iaitu masing-masing satu di daerah Klang yang menempatkan 204 mangsa daripada 57 keluarga, Kuala Selangor (48 mangsa/12 keluarga) dan Petaling (382 mangsa/90 keluarga).