Bersatu perlu letak calon
Iklan
Bersatu perlu letakkan calon mereka pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu sekiranya mahu imbangi atau menyaingi calon Melayu daripada DAP.
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu meletakkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu sekiranya mahu mengimbangi atau menyaingi calon Melayu daripada DAP.
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, jika Perikatan Nasional (PN) meletakkan calon bukan Melayu, sudah tentu perbezaan tersebut akan memberikan kelebihan kepada calon Melayu.