Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air
Iklan
Mohd Nassuruddin
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kesediaan itu dinyatakan dalam beberapa pertemuan beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Dalam beberapa pertemuan sebelum ini memang kita ada bincang berkaitan masalah air ini. Kerajaan Persekutuan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung langkah yang akan diambil dalam mengatasi masalah bekalan air bersih di negeri ini yang belum berkesudahan.
Iklan
Sementara itu, Mohd Nassuruddin berkata, kerajaan negeri akan mengadakan solat sunat istisqa jika kemarau dan cuaca panas masih berlanjutan di negeri ini.
Beliau berkata pendekatan itu telah dilakukan sebelum ini melalui penglibatan semua pihak dan hujan mulai turun di beberapa tempat bermula awal Syawal.
Iklan
"Sebelum ini, kita telah arahkan pemimpin masyarakat dan imam di masjid-masjid seluruh negeri mengadakan solat sunat istisqa bagi memohon pertolongan Allah menurunkan hujan.
"Alhamdulillah, hujan mencurah-curah di beberapa daerah di Kelantan sebaik solat selesai," katanya.
Ekoran itu, beliau menasihatkan rakyat agar mengurangkan aktiviti di luar terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.
Beliau berkata langkah itu perlu diberi perhatian bagi memastikan tiada lagi nyawa yang terkorban selepas seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia pada 1 April lepas kerana strok haba di Kelantan. - Bernama
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor war"><meta itemprop="description" content="Buang peti suara demi nyawa, alat pembesar suara kini 'teman' setia
Tanpa rasa sakit dan hanya bermula dengan suara yang makin perlahan, seorang pesara akhirnya disahkan menghidap kanser tiroid tahap empat sehingga terpaksa membuang peti suara, lapor wartawan Sinar Harian, Adilla Sharinni Wahid.
Keadaan itu menyebabkan Ismail Mamud, 68, kini bergantung sepenuhnya kepada alat pembesar suara untuk bercakap.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/768859/edisi/kelantan/buang-peti-suara-demi-nyawa-alat-pembesar-suara-kini-teman-setia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #buangpetisuarademinyawa #kansertiroid #bekaspesakitkanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-21T06:53:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/a5diq1fcLPJCxeVhf/x120"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xa0gylw"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xa0gylw"></script>