Inflasi, kadar pertukaran asing punca lonjakan emas tertinggi
Iklan
Inflasi, kadar pertukaran wang asing dan iklim politik dunia punca lonjakan emas catat paras tertinggi.
HARGA emas meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah apabila ia mencatatkan peningkatan harga sebanyak AS$2,420 (RM11,537.30) seauns atau RM370.93 segram berdasarkan laporan CIMB Treasury and Markets Research, sebelum menyusut kepada AS$2,350 (RM11,203.60) atau RM360.20 segram.
Ia dipercayai akibat implikasi serangan Iran terhadap Israel serta pembelian oleh bank pusat dalam suasana ketegangan geopolitik yang terus menguatkan momentum bagi logam berharga itu.