Dua lelaki ditahan disyaki jual beli diesel bersubsidi

Iklan
Gambar hiasan

SUNGAI PETANI - Polis menahan dua lelaki tempatan ketika sedang dipercayai melakukan urusan jual beli minyak diesel bersubsidi di sebuah premis di Bedong dekat sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Anuar Abd Rahman@Abd Rahim berkata, ketika ditahan kedua-duanya yang berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun cuba memindahkan diesel terbabit dari sebuah treler ke dalam dua lori.

Iklan
Iklan

"Serbuan di premis itu dijalankan bermula jam 10.50 pagi hingga 1.40 tengah hari selepas bertindak hasil maklumat dan risikan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda,” katanya pada sidang akhbar di IPD Kuala Muda hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati treler itu dipercayai milik sebuah persatuan nelayan yang dipandu lelaki tempatan berusia lewat 30-an.

Iklan

"Kesemua 29,900 liter diesel yang dirampas dianggar bernilai RM44,991.84," katanya.

Anuar berkata, diesel terbabit dipercayai diambil dari sebuah depoh minyak di kawasan Perai, Pulau Pinang bagi kegunaan nelayan di kawasan nelayan di daerah ini.

Iklan

"Dalam perjalanan, pemandu terbabit dipercayai singgah di lokasi di Bedong untuk menjual sedikit diesel bersubsidi dengan bayaran RM250 bagi setiap 200 liter,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kuala Muda mengikut Seksyen 407 Kanun Keseksaan dan akan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!