Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama

Iklan
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menaiki bas pada Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama Antara Malaysia dan Singapura Melalui Tambak Johor di pekarangan Mall of Medini, Iskandar Puteri hari ini.

Beliau diiringi Pengasas dan Pengerusi Handal Indah Sdn Bhd Lim Han Weng dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor Mohamad Fazli Mohamad.