Abdul Rahman Ahmad dilantik Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB
Iklan
Abdul Rahman
KETUA Pegawai Eksekutif CIMB Bank Berhad, Datuk Abdul Rahman Ahmad dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), berkuat kuasa 1 Julai 2024.
Dalam kenyataan media pada Selasa, PNB berkata, Lembaga Pengarah PNB mengalu-alukan kepulangan beliau dalam menyediakan kesinambungan dan memacu pelaksanaan pelan strategik PNB yang baru dibangunkan.
Iklan
Iklan
"Beliau membawa bersama pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat, termasuk Malaysian Resources Corporation Berhad, Media Prima Berhad dan Ekuiti Nasional Berhad.
"Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Sime Darby Berhad dan Velesto Energy Berhad, diharap kepulangan beliau akan dapat membantu melaksanakan matlamat PNB untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi," katanya.
Iklan
Sebelum menjawat jawatan terkini sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Kumpulan CIMB dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari tahun 2016 hingga 2019, dan memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
Portfolio PNB merangkumi pelaburan strategik dalam syarikat-syarikat korporat terkemuka Malaysia, ekuiti global, pelaburan persendirian dan hartanah.
Iklan
Selama lebih empat dekad, PNB kekal fokus dalam menyumbang kepada kekayaan Bumiputera dan semua rakyat Malaysia dan berdedikasi untuk memenuhi matlamatnya dalam mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping"><meta itemprop="description" content="WCE sumbang RM10,000 jaga kebajikan seladang jantan Zoo Taiping
West Coast Expressway Sdn Bhd (WCE) menyumbang RM10,000 bagi menaja seekor seladang jantan di Zoo Taiping & Night Safari sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap pemuliharaan biodiversiti.
Pengarah Urusannya, Lyndon Alfred Felix berkata, sumbangan menerusi Program Anak Angkat Seladang itu bertujuan menampung kos pemeliharaan dan operasi haiwan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789091/bisnes/wce-sumbang-rm10000-jaga-kebajikan-seladang-jantan-zoo-taiping
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #WCE #ZooTaiping #seladangjantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-23T10:15:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P87S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xargksi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xargksi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xargksi"></script>