Cucu pemimpin Hamas cedera dalam serangan Israel meninggal dunia

Iklan
Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh (gambar) meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel pada hari pertama Aidilfitri. - Gambar fail

ISTANBUL - Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel yang mengorbankan ahli keluarganya yang lain pada hari pertama Aidilfitri, sumber perubatan memberitahu Agensi Anadolu.

Tiga anak lelaki Ismail dan beberapa cucunya maut pada Rabu lepas dalam satu serangan udara Israel di sebuah kem pelarian di barat Bandaraya Gaza.

Iklan
Iklan

Serangan udara Israel itu menyasarkan sebuah kereta membawa keluarga Ismail di Kem Pelarian Al-Shati semasa mereka mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada penghuni kem berkenaan sempena perayaan itu, saksi memberitahu Anadolu.

Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa serangan udara itu meragut nyawa tiga anak lelaki Ismail -- Hazem, Amir, dan Mohammed -- selain daripada beberapa orang anak mereka dan mencederakan yang lain.

Iklan

Israel telah melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih daripada 33,700 warga Palestin dan mencederakan 76,400 orang selain daripada kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan mengakibatkan kekurangan bekalan keperluan. - Bernama

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28