Harga emas melambung, pelanggan pilih bergaya dengan emas sadur
Iklan
Roslinawati menunjukkan antara rekaan gelang yang mendapat permintaan tinggi.
KUALA TERENGGANU - Peningkatan harga emas ketika ini menyebabkan golongan kurang berkemampuan memilih emas sadur atau juga dikenali sebagai emas Korea untuk digayakan sempena Aidilfitri.
Peniaga emas sadur, Roslinawati Jusoh, 33, berkata, walaupun jualan pada tahun ini sedikit menurun berbanding tahun lalu, namun sambutan diterima daripada pelanggan amat memberangsangkan lebih-lebih lagi menjelang sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini.