Jumlah kemasukan warga emas ke pusat jagaan meningkat
Iklan
Suasana di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. (Gambar kecil: Siti Liyana, Mohd Arif Abdullah)
SHAH ALAM - Bilangan ibu bapa yang dihantar ke rumah orang tua menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.
Pengurus Pusat Jagaan Orang Tua Mahligai Kasih Juju Bukit Baru, Melaka, Siti Liyana Jaafar berkata, tahun lalu merekodkan jumlah kemasukan tertinggi iaitu meningkat sehingga 82 peratus.