‘Pengajaran tidak akan dilupakan Israel’
Iklan
Israel 'dihukum' Teheran kerana melancarkan serangan ganas ke atas Kedutaan Iran di Damsyik pada 1 April lalu. Agensi
TEHERAN - Serangan tidak pernah berlaku menerusi Operasi Janji Benar dilancarkan Iran pada Sabtu lalu menandakan perubahan kepada pendekatan Teheran yang sebelum ini bergantung kepada proksi mereka di rantau Asia Barat seperti Houti dan Hizbullah, untuk memerangi kekejaman rejim Zionis
Kini, Iran sendiri yang berdepan dengan seterunya, malah ia turut memberi amaran kira-kira 72 jam sebelum operasi itu dilancarkan.