Lawrence Wong dilantik PM Singapura baharu 15 Mei

Iklan
Lee Hsien Loong (kiri) dan Lawrence Wong. - AFP

SINGAPURA - Perdana Menteri Singpura, Lee Hsien Loong akan menyerahkan jawatannya kepada Timbalannya, Lawrence Wong pada bulan depan.

"Saya akan menyerahkan jawatan saya sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 2024 dan Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang seterusnya pada hari sama," kata Lee menerusi ciapan di media sosial pada Isnin.

Iklan
Iklan

"Saya meminta semua rakyat Singapura memberi sokongan penuh kepada Lawrence dan pasukannya untuk mencipta masa depan yang lebih cerah kepada Singapura," tambahnya.

"Saya menerima tanggungjawab ini dengan rendah diri dan rasa tanggungjawab yang mendalam.

Iklan

"Saya juga berikrar untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda," kata Wong menerusi ciapan di media sosial.

Ahli Ekonomi yang pernah mendapat pendidikan di Amerika Syarikat dilihat bijak menangani krisis Covid-19 dengan berkesan apabila beliau menyertai pasukan petugas pandemik kerajaan.

Iklan

Wong akan menjadi Perdana Menteri Singapura keempat selepas Lee; Goh Chok Tong (1990) dan Lee Kuan Yew (1959). - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28