Cuaca panas

Iklan
Murid sekolah menggunakan kipas mini mudah alih ekoran cuaca panas ketika tinjauan foto Bernama di sekitar pusat bandar hari ini.
Keadaan cuaca panas yang terik boleh mengakibatkan strok haba. Berdasarkan laporan dikeluarkan Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus Kesatuan Eropah (EU) (C3S), dalam tempoh April 2023 hingga Mac 2024, suhu purata global ialah 1.58 darjah Celsius dan ia melebihi purata dalam tempoh pra-industri 1850-1900.