Harga minyak mungkin cecah AS$100 setong
Iklan
Konflik antara Iran-Israel tidak memberi kesan ketara kepada ekonomi Malaysia kerana mereka bukan rakan dagangan utama Malaysia. Gambar kecil: Ahmed Razman
SHAH ALAM - Konflik terbaru di Timur Tengah termasuk serangan balas Iran ke atas Israel dan pencerobohan Israel ke bumi Gaza boleh menjadi penyebab harga minyak di pasaran global kembali meningkat mencecah hingga AS$100 setong, pada masa depan.
Pengarah Program MBA Putra Business School, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff berkata, jangkaan itu bukan satu perkara mustahil kerana harga minyak di pasaran global kini mencecah AS$90 setong.