Terlebih makan masa raya boleh tingkatkan kolesterol
Iklan
Makan berlebihan ketika raya tidak menyebabkan obesiti namun boleh membawa masalah kesihatan akibat peningkatan kalori dalam badan. Gambar kecil dari kiri: Ruzita, Mohd Ismail
SHAH ALAM - Makan berlebihan ketika raya tidak menyebabkan obesiti, namun ia boleh membawa kepada masalah kesihatan akibat peningkatan kalori dalam badan.
Profesor (Pemakanan Komuniti), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Ruzita Abd Talib berkata, pengambilan juadah raya yang keterlaluan boleh menyebabkan penyakit bertambah teruk sekiranya seseorang itu sudah mempunyai sejarah masalah kesihatan seperti diabetes.