Kes tembak di KLIA: Polis tingkat kawalan di sempadan

Iklan
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan gambar suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal I awal pagi tadi. - Foto Bernama

KANGAR - Polis Perlis meningkatkan kawalan dan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di lorong-lorong tikus untuk memastikan suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi tadi tidak meloloskan diri dari negara ini.

Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, pihaknya melakukan koordinasi dengan Bukit Aman dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi tujuan kawalan dan pemantauan.

Iklan
Iklan

"Kita buat pemantauan di jalan-jalan masuk dan di garisan sempadan terutama lorong tikus...juga elemen lain untuk bantu Bukit Aman mengesan suspek,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang lelaki tempatan yang juga pengawal peribadi kepada isterinya.

Iklan

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata, polis telah melancarkan operasi mengesan suspek selain mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah di kawasan negeri berhampiran serta sempadan negara untuk menjejaknya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!