Tiada istilah raya buat Palestin
Iklan
Kanak-kanak Palestin meraikan hari kedua Aidilfitri di sekitar tempat perpindahan mereka di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
Foto XINHUA
SHAH ALAM - Kedatangan Syawal di Palestin tiada bezanya dengan hari-hari biasa.
Berkongsi realiti sedih rakyat di bumi bergolak itu menyambut Aidilfitri, Omar Hassouna berkata, tiada istilah baju baharu untuk anak-anak dan juadah enak untuk dihidangkan, apa yang ada cuma perut kosong menahan lapar dan dahaga sepanjang hari.