'Gantung pembunuh baru saya tenang'
Iklan
Siew Lin bersama suami, Sew Kok Wee menunjukkan keratan akhbar mengenai pembunuhan anak mereka, Annie Kok Yin Cheng. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Ibu kepada mangsa rogol dan bunuh yang dilakukan Rambo Bentong, merayu kerajaan mengekalkan hukuman mati mandatori terhadap pembunuh tersebut.
Tan Siew Lin berkata, keadilan terhadap mangsa perlu ditegakkan.
Iklan
Iklan
"Mesti gantung (pembunuh), barulah saya tenang," katanya sebak.
Menurutnya, dia bekerja keras untuk membesarkan anak-anaknya termasuk mangsa, Annie Kok Yin Cheng, 17.
Iklan
"Apabila benda ini terjadi, bagaimana nasib kami?" katanya.
Siew Lin ditemui pemberita ketika sidang media bersama wakil dan keluarga mangsa pembunuhan yang menuntut supaya pihak kerajaan tidak memansuhkan hukuman mati mandatori di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Presint 3 hari ini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan digesa pertimbang mansuh hukuman mati
Siew Lin berkata, meskipun anaknya dirogol dan dibunuh 11 tahun lalu, dia tidak pernah lena.
"Kadangkala saya menangis di dalam bilik air.
"Saya sangat sedih apabila tiba tarikh 6 Julai kerana ia merupakan hari lahir Annie," katanya.
Pada 6 Ogos 2014, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman mati mandatori terhadap Rambo Bentong atau nama sebenarnya Rabidin Satir selepas didapati bersalah membunuh remaja berusia 17 tahun, Annie Kok Yin Cheng pada 2009.
Selain itu pada 3 Disember 2015, Mahkamah Tinggi Kuantan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh kakitangan Jabatan Perhutanan Bentong pada 2013.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>