PM yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Iklan
Anwar
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia merealisasikan potensi negara dalam pembangunan ekonomi, terutama dalam pelaburan bernilai tinggi.
Berkongsi laporan video dari laman Facebook Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai potensi Malaysia yang semakin meningkat dalam industri semikonduktor hari ini, Anwar berkata kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Iklan
Iklan
"Saya mempunyai keyakinan penuh herhadap potensi setiap rakyat Malaysia dalam prospek cerah untuk ekonomi kita dan masa depan kita bersama sebagai sebuah negara,” kata Anwar dalam akaun Facebooknya.
Laporan video WEF menekankan bahawa Malaysia, terutamanya Pulau Pinang, sedang muncul sebagai kuasa semikonduktor baharu, selepas negeri itu memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) bernilai AS$12.8 bilion (AS$1 = RM4.76) tahun lepas. - Bernama
Iklan
Iklan
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>