Tiga maut dalam nahas helikopter tentera di Cuba

Iklan
Gambar hiasan. Foto 123RF

HAVANA - Tiga pegawai maut pada Khamis selepas sebuah helikopter tentera terhempas di timur bandar raya Santiago, Cuba, lapor Kementerian Angkatan Bersenjata (Minfar).

Pesawat itu terhempas di sebuah lapangan terbang dalam kawasan bandar raya kedua paling padat dengan penduduk di negara ini kira-kira 860 kilometer timur Havana, kata Minfar dalam satu kenyataan sambil menambah tiga daripada kru helikopter itu maut, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

"Pada masa ini sebuah jawatankuasa Angkatan Tentera Revolusi sedang menyiasat punca nahas,” menurut kenyataan itu. - Bernama-Xinhua

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan
Iklan