Kes dera: Tempoh reman pasangan suami isteri dilanjut 7 hari

Iklan
Laporan Sinar Harian.

KENINGAU - Tempoh reman pasangan suami isteri yang disyaki mendera anak tiri dan anak angkat mereka dilanjut selama tujuh hari lagi.

Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Yampil Anak Garai berkata, kedua-dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Dua suspek kes dera telah dibawa ke mahkamah hari ini untuk mendapatkan perintah lanjut reman.

"Perintah lanjut reman selama tujuh hari telah diluluskan oleh Majistret mulai hari ini sehingga 16 April depan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Remaja lelaki berusia 13 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun itu masing-masing mengalami kesan lecuran pada badan akibat ditekap menggunakan seterika dan terkena air panas serta dipukul menggunakan kayu dan besi.

Susulan kejadian itu, pasangan suami isteri tersebut ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28