Jangan tertipu helah Israel berundur
Iklan
Tentera Israel mengundurkan tenteranya dari selatan Gaza namun pakar mengingatkan agar tidak terpedaya dengan langkah tersebut. (Gambar kecil: Muhammad Fuad, Ahmad El-Muhammady)
PAKAR geopolitik antarabangsa mengingatkan umat Islam agar tidak tertipu dengan langkah terkini Israel mengundurkan sebahagian tenteranya dari selatan Gaza, enam bulan selepas perang yang dicetuskan oleh serangan 7 Oktober tahun lalu.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Muhammad Fuad Othman menyifatkan terdapat beberapa kemungkinan di sebalik tindakan terbaharu rejim Zionis itu.