Fenomena Akmal, aset UMNO atau liabiliti kerajaan
Iklan
Fenomena Akmal mungkin menjadi kunci kebangkitan UMNO atau beban liabliti kejatuhan kerajaan Madani menjelang PRU16.
NAMA Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh kini sudah menjadi fenomena seantero negara.
Setelah beliau mencetuskan kontroversi dengan menggerakkan kempen boikot kedai KK Mart susulan isu penjualan stoking tertera kalimah ALLAH, Exco Melaka itu kemudiannya menjadi sasaran kritikan pemimpin-pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan sendiri.