Pemain Chelsea belum cukup 'masak' - Pochettino

Iklan
Pochettino. Foto AFP

JURULATIH Chelsea, Mauricio Pochettino menyifatkan anak-anak buahnya masih belum cukup matang setelah sekadar seri 2-2 ketika menentang pasukan bawahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United, awal pagi Isnin.

Pengendali berusia 52 yang membimbing The Blues sejak tahun lalu itu dilihat masih tercari-cari rentak permainan ampuh dan prestasi yang tidak konsisten.

Iklan
Iklan

Biarpun cemerlang dalam aksi dramatik ketika menewaskan Manchester United 4-3 pada Jumaat lalu, namun rentak positif skuad yang dibarisi pemain muda itu hilang di laman lawan, Bramall Lane.

"Ini adalah skuad baharu. Itulah sebabnya proses untuk membina pasukan sentiasa mengambil masa. Ia bukan perkara ajaib," ujar Pochettino.

Iklan

Dalam aksi itu, Chelsea membuka tirai jaringan menerusi Thiago Silva pada minit ke-11 sebelum Jayden Bogle menyamakan kedudukan pada minit ke-32.

Ketika kemenangan seakan berpihak kepada The Blues hasil jaringan Noni Madueke pada minit ke-66, Oli McBurnie memadam impian itu apabila meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

Iklan

"Ia adalah mengenai keupayaan kami untuk bersaing. Namun atas sebab yang berbeza kami bergelut untuk bersaing dalam perlawanan menentang pasukan yang lebih rendah," kata Pochettino.

Menerusi keputusan seri itu meletakkan Chelsea di tangga kesembilan liga, manakala Sheffield United berdepan detik penyingkiran kerana menghuni tangga tercorot.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!