Suami isteri maut, kereta langgar tembok pembahagi jalan

Iklan
Perjalanan pulang pasangan suami isteri ke kampung halaman bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut. Foto ihsan PDRM

LIPIS - Perjalanan pulang pasangan suami isteri ke kampung halaman bertukar tragedi apabila kedua-duanya maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Kilometer (KM) 8 Lingkaran Tengah Utama (LTU) menghala ke Lipis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, pemandu kereta jenis Perodua Kancil, Nafiah Abdul Wahab, 53, dan penumpangnya, Rofidah Ahmad, 54, meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis menerima makluman mengenai kemalangan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi.

"Hasil siasatan awal mendapati pasangan berkenaan dalam perjalanan balik daripada Bachok, Kelantan menuju ke kampungnya di Jerantut.

Iklan

"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan lalu terbalik.

Kereta Perodua Kancil yang dinaiki pasangan suami isteri berkenaan dipercayai hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan lalu terbalik di tempat kejadian. Foto ihsan PDRMPix ihsan PDRM

"Akibatnya, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada tengah malam Ahad.

Iklan

Ujar beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, Ismail memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!