Remaja bantu warga emas terkencing dalam seluar

Iklan
Paparan Facebook Lucia Pier tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas yang juga kurang upaya (OKU) dilarang menaiki sebuah bas apabila terkencing di dalam seluar.

Kejadian itu disaksikan seorang remaja yang kemudian membantu warga emas wanita tersebut dan membawanya ke tandas serta membelikan seluar baharu.

Iklan
Iklan

Tindakan remaja terbabit, mendapat pujian netizen selepas dia kongsi pengalaman itu menerusi akan Facebook.

Lucia Pier berkata, kejadian itu berlaku ketika dia mahu pulang ke rumah jam 3.10 petang pada 9 Januari lalu.

Iklan

"Masa nak naik bas, saya bau sesuatu dan ternampak air kencing di hentian bas. Masa dalam bas, pemandu larang makcik ini naik kerana seluarnya basah dan berbau. Pemandu juga tidak mahu bau itu mengganggu penumpang lain.

"Selepas mak cik keluar dari bas, saya ikut dia dan beritahu saya boleh bantu. Selepas itulah saya dapat tahu dia baru sahaja dapatkan rawatan di HUKM. Dia sakit kaki, matanya kabur dan mengalami kegagalan buah pinggang," katanya.

Iklan

Menurut Lucia, warga emas itu mendakwa dirinya sebatang kara dan tidak mempunyai sesiapa untuk dihubungi.

"Saya bawanya ke tandas OKU dan sementara mak cik membersihkan diri, saya beli seluar baru dan tuala muka di pasar raya berhampiran.

"Masa kembali ke tandas, saya terdengar tukang cuci merungut dan minta mak cik segera keluar sebab tandas basah serta berbau.

"Selepas selesai membantu mak cik menukar seluar saya minta dia tunggu di luar sementara saya bersihkan lantai tandas sebelum pulang menaiki bas yang samam," katanya.

Tambah Lucia sebagai pengguna pengangkutan awam dan bakal jururawat, dia amat menyesali atas apa yang menimpa wanita tersebut.

"Kepada RapidKL, saya harap kemudahan untuk warga tua dapat diperbaiki untuk keselesaan mereka. Kepada pemandu bas, tukang cuci dan pengguna pengangkutan awam, saya harap anda akan peka terhadap warga emas apabila mereka berada dalam keadaan yang sukar," katanya.

Kisah penuh inspirasi itu membuatkan netizen kagum dengan keperibadian Lucia Pier dan menganggap perkongsian itu memberi pengajaran sangat berguna kepada orang ramai.

Sehingga kini posting Lucia Pier tular di laman sosial dan mendapat 7,400 tanda suka serta 2,200 perkongsian.