16 tahun KSK santuni komuniti gelandangan
Iklan
Sukarelawan KSK menghulurkan makanan kepada gelandangan di Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tuanku, di sini. FOTO SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
KUALA LUMPUR - Beroperasi lebih dari 16 tahun sejak 2008, nama Persatuan Kechara Soup Kitchen (KSK) sudah tidak asing lagi untuk diperkenalkan.
Bermula dengan memberikan bantuan kepada gelandangan dan sumbangan bank makanan kepada keluarga miskin, kini persatuan terbabit terus aktif menyantuni komuniti tersebut di ibu kota serta bandar-bandar lain di Malaysia.